Rabu, 22 Oktober 2008

SALAM PERKENALAN


Salam perkenalan. Saya seorang peminat siri-siri komik alih bahasa ingin berkongsi pengalaman membaca dengan anda semua yang mengunjungi blog saya.


Antara komik kegemaran saya adalah Raja Jengking yang di alihbahasakan ke bahasa Melayu. ia adalah karya pelukis yang terkenal dari Hong Kong HUI KING SUM.

SINOPSIS CERITA


Komik Raja Jengking ini adalah sebuah cerita fiksyen sains yang mengisahkan tentang pergolakan dalaman sebuah puak yang hidup terpencil di salah sebuah hutan terbesar di bumi.Selama dalam tempoh pemencilan itu mereka tidak pernah berhubungan dengan manusia yang lain dari luar kerana mahu menjaga keharmonian hidup yang telah mereka capai.


Walaubagaimanapun keharmonian itu tidak lama apabila mereka mula bosan dan tertarik dengan kemajuan yang diperolehi oleh manusia lain dari dunia luar.Maka sedikit demi sedikit ahli-ahli puak itu mula meninggalkan kampung halaman masing-masing yang selama ini terpisah dari ketamadunan manusia di luar.


Tanpa disedari sikap tamak haloba, permusuhan serta hasad dengki mula berakar umbi ke dalam jiwa penghijrah-penghijrah ini apabila mereka mula bergaul dengan manusia di luar.
Akan tetapi apa yang tidak disedari oleh manusia-manusia dari luar sana adalah penghijrah-penghijrah ini bukanlah 100% manusia seperti apa yang diperlihatkan oleh sifat luaran mereka.


MAKA MIMPI NGERI PUN BERMULA!

Selasa, 21 Oktober 2008

WATAK UTAMA


Nama: Rimau Suria

Gelaran: Raja Jengking

Haiwan Parasit: Jengking

Prolog Watak: Puak Kitaran Berlima yang menghuni Hutan Amazon telah membuat keputusan untuk memilih Pemimpin (Raja Jengking) yang baru dari kalangan manusia biasa. Akan tetapi manusia ini perlu di ubahsuai kepada manusia parasit yang memiliki ciri-ciri serangga sama seperti mereka dengan tujuan meraih sokongan dan diterima oleh lain-lain Manusia Parasit.

Rimau Suria yang menyaksikan peristiwa ngeri di mana abangnya telah di bunuh sebaik sahaja abangnya bertukar kepada Manusia Parasit tidak menyangka yang dia juga akan berubah menjadi Manusia Parasit seperti abangnya.

Insiden itu turut menyebabkannya menjadi buruan lain-lain Manusia Parasit yang memiliki agenda tersembunyi masing-masing.

Nama: Naga Suria

Gelaran: Jengking Hitam

Haiwan Parasit: Jengking

Prolog Watak: Naga Suria merupakan seorang juruterbang pesawat tempur yang telah menjual teknologi pertempuran negaranya kepada musuh kerana dijanjikan penawar kepada penyakit misteri isterinya yang masih belum sedar dari koma.

Tanpa disedari dirinya telah terperangkap dalam jerat yang dipasang oleh Puak Kitaran Berlima yang berminat menjadikanya calon untuk Eksperimen Raja Jengking.

Ketika melakukan transformasi untuk kali pertama dia telah diserang oleh Putera kepada manusia parasit iaitu Jengking Petir yang cemburu kepadanya kerana Puak Kitaran Berlima telah membelakangkannya dalam pemilihan Raja Jengking yang baru.

Ramai yang menyangka Naga Suria telah terbunuh dalam serangan itu termasuklah adiknya Rimau Suria.


Kemudian dia telah kembali dengan tujuan membalas dendam dan merebut takhta Raja Jengking yang menjadi idaman setiap Manusia Parasit.

Nama: Jengking Petir

Gelaran: Jengking Petir

Haiwan Parasit: Jengking

Prolog Watak: Diangap sebagai Putera kepada semua Manusia Parasit kerana beliau merupakan anak kepada Raja Jengking Sakti iaitu pemimpin kepada Manusia Parasit. Beliau menentang keras rancangan ayahnya yang mahu melantik Raja Jengking yang baru dari kalangan Manusia Biasa kerana membelakangkan haknya sebagai waris turun-temurun Tahkta Raja Jengking.

Dia telah mensabotaj rancangan ayahnya dengan membunuh Naga Suria yang menjadi calon pilihan ayahnya untuk takhta Raja Jengking.

Tanpa disedari tujuan Raja Jengking Sakti memilih calon Raja Jengking dari kalangan Manusia Biasa adalah kerana mahu mengalihkan perhatian musuh yang berada dalam kalangan puaknya sendiri. Serta melindungi Jengking Petir yang merupakan satu-satunya waris Raja Jengking Sakti.

Nama: Raja Jengking Sakti

Gelaran: Raja Jengking Sakti

Haiwan Parasit: Jengking

Prolog Watak: Puak Kitaran Berlima yang menetap di hutan Amazon adalah manusia berkebolehan istimewa untuk berubah kebentuk serangga separuh manusia yang digelar sebagai Manusia Parasit. Selain dari ciri-ciri serangga, Manusia Parasit juga memiliki keupayaan yang melebihi manusia biasa sama ada dari segi kebijaksanaan dan juga kekuatan.

Penghijrahan ahli-ahli Puak Kitaran Berlima ke dunia luar telah memberikan impak yang amat besar kepada mereka yang masih menetap di kampung halaman Puak Kitaran Berlima. Akhirnya Raja Jengking Sakti telah membawa ahli Puak Kitaran Berlima yang masih tinggal ikut bersama-samanya berhijrah ke dunia luar.
Mereka telah menjadikan Bukit Presiden (Mount Rushmore) sebagai tempat tinggal dan Pengkalan Operasi untuk Manusia Parasit. Akan tetapi timbul satu masalah apabila Manusia Parasit generasi baru yang dilahirkan selepas penghijrahan mengalami kemerosotan gen. Selain itu mereka juga memiliki sifat buruk yang sama seperti manusia biasa seperti rakus, tamak haloba dan dahagakan darah.

Raja Jengking Sakti terpaksa mencari waris yang baru kerana anaknya Jengking Petir juga memperlihatkan sifat-sifat buruk Manusia Parasit Generasi Baru yang tidak ada pada Generasi Sebelumnya. Selain itu waris yang baru juga akan melaksanakan Rancangan Penyengat yang akan memulihkan semula Puak Kitaran Berlima.

Ahad, 19 Oktober 2008

LAIN-LAIN WATAK

BOM API
*Memiliki dendam peribadi dengan Jengking Petir.



LADY FLY
*Perisik dalam dunia manusia yang bekerja mengumpul maklumat untuk Puak Kitaran Berlima.





MAKHLUK SERIBU MUKA
*Orang bawahan Jengking Petir


BELALANG PANAH
*Orang bawahan Jengking Petir




MENTARI MERAH
*Orang bawahan Jengking Petir yang telah belot.

LABAH-LABAH BONEKA
*Manusia Parasit pertama yang bertempur dengan Rimau Suria ketika melakukan perubahan lengkap untuk kali pertama.


DARA KUPU-KUPU
*Rakan seperjuangan Bom Api

LEBAH HIJAU
* Abang Angkat yang juga rakan seperjuangan Rimau Suria (Raja Jengking).


DUTA PUTIH
*Pembelot tersembunyi dalam Puak Kitaran Berlima yang telah bosan kerana kaumnya iaitu puak Kumbang Kepak Putih yang sentiasa dianggap lemah oleh lain-lain puak dalam Kumpulan Kitaran Berlima.

Dia akhirnya tunduk kepada Lipan Naga yang telah memberikanya kuasa tambahan untuk melakukan serangan hendap ke atas lain-lain Duta Bertujuh dan Raja Jengking Sakti.




LIPAN NAGA

*Perancang utama dalam perebutan kuasa dan krisis dalaman Puak Kitaran Berlima.Dia juga merancang pembalasan dendam kerana merupakan satu-satunya generasi Puak Lipan Sakti yang masih hidup setelah berlaku pembersihan etnik ke atas puaknya satu ketika dahulu.