Selasa, 21 Oktober 2008


Nama: Raja Jengking Sakti

Gelaran: Raja Jengking Sakti

Haiwan Parasit: Jengking

Prolog Watak: Puak Kitaran Berlima yang menetap di hutan Amazon adalah manusia berkebolehan istimewa untuk berubah kebentuk serangga separuh manusia yang digelar sebagai Manusia Parasit. Selain dari ciri-ciri serangga, Manusia Parasit juga memiliki keupayaan yang melebihi manusia biasa sama ada dari segi kebijaksanaan dan juga kekuatan.

Penghijrahan ahli-ahli Puak Kitaran Berlima ke dunia luar telah memberikan impak yang amat besar kepada mereka yang masih menetap di kampung halaman Puak Kitaran Berlima. Akhirnya Raja Jengking Sakti telah membawa ahli Puak Kitaran Berlima yang masih tinggal ikut bersama-samanya berhijrah ke dunia luar.
Mereka telah menjadikan Bukit Presiden (Mount Rushmore) sebagai tempat tinggal dan Pengkalan Operasi untuk Manusia Parasit. Akan tetapi timbul satu masalah apabila Manusia Parasit generasi baru yang dilahirkan selepas penghijrahan mengalami kemerosotan gen. Selain itu mereka juga memiliki sifat buruk yang sama seperti manusia biasa seperti rakus, tamak haloba dan dahagakan darah.

Raja Jengking Sakti terpaksa mencari waris yang baru kerana anaknya Jengking Petir juga memperlihatkan sifat-sifat buruk Manusia Parasit Generasi Baru yang tidak ada pada Generasi Sebelumnya. Selain itu waris yang baru juga akan melaksanakan Rancangan Penyengat yang akan memulihkan semula Puak Kitaran Berlima.

Tiada ulasan: